Penyelidikan saya dalam bidang Turbocharger sudah berjalan selama 12 tahun dan sudah tiba masanya apa yang saya pelajari diajar kembali kepada semua. Saya juga mengajar subjek ini secara professional di universiti. Jadi agak sukar bagi orang umum untuk mengakses kursus ini kerana mereka perlu mendaftar masuk ke mana-mana universiti yang menawarkan bidang automotif untuk belajar lebih banyak tentang turbocharger.
Kursus online ini membolehkan anda mempelajari dengan mendalam operasi, penggunaan, komponen, serta bagaimana bahagian dalaman alat ini berfungsi untuk membolehkan sesebuah enjin menjadi lebih berkuasa tanpa meningkatkan kapasiti enjin.
Kursus Segalanya Tentang Turbocharger ini mengandungi lebih daripada 20 video dan lebih dari 2 jam penerangan berkualiti dari saya dan meliputi semua aspek penting berkaitan turbocharger, dalam Bahasa Malaysia.
Sebahagian dari kursus ini saya buka secara percuma, dan jika anda berminat dengan cara penyampaian dan juga konten yang disediakan, saya dengan gembira menjemput anda untuk menyertai kursus ini.
Selamat maju jaya untuk anda, dan semoga kita berjumpa lagi dengan penerangan yang menarik dalam kursus ini :)