30+ Video, 3+ Jam Content, LIfetime Access
Siri penuh tentang segalanya yang anda perlu tahu tentang Electric Vehicle (EV) yang semakin popular di Malaysia. Kini Online dengan lebih 30+ video dan 3+ jam konten-konten berkualiti dan bertaraf dunia, dan dibina oleh pemegang Ph.D dari Imperial College London.
Semua video ini anda boleh akses serta merta di mana-mana, pada bila-bila masa sahaja dan menggunakan apa-apa device yang anda ada.
Jika anda risau tentang ketahanan bateri, motor-motor elektrik, jenis-jenis charger, dan anda nak tahu apa beza PHEV, EV, BEV, dan macam-maca lagi jenis EV, maka kursus ini adalah untuk anda.
Kursus ini sedang dalam pembinaan jadi jika anda membeli awal, anda akan mendapat 50% DISKAUN. Ini bermakna harga asal RM 167 akan menjadi RM 87 sahaja selepas Diskaun. Promosi ini akan tamat sebaik sahaja semua video berjaya diupload.
Klik butang di bawah untuk join.
Penyelidikan saya dalam bidang Automotif sudah berjalan selama 13 tahun dan sudah tiba masanya apa yang saya pelajari diajar kembali kepada anda semua. Saya sendiri pernah mengajar subjek ini secara professional di universiti.
Jadi agak sukar bagi orang umum untuk mengakses kursus seperti ini kerana mereka perlu mendaftar masuk ke mana-mana universiti ataupun kolej yang menawarkan bidang automotif untuk belajar lebih banyak tentang Electric Vehicle. Tidak dinafikan masa yang diambil mungkin terlalu lama jika mengambil kursus ini di universiti.
Kursus online ini membolehkan anda menambahkan ilmu pengetahuan anda dengan lebih mendalam tentang bagaimana sebuah kenderaan elektrik beroperasi. Ini kerana terdapat pelbagai jenis kenderaan elektrik yang wujud masa ini dan cara operasinya agak berbeza. Jenis bateri yang digunakan juga berbeza dan anda akan lihat apakah perbezaan serta kelebihan dan kekurangan jenis-jenis bateri yang ada di pasaran.
Kursus Online Bijak EV ini mengadungi lebih daripada 30 video dan lebih dari 3 jam penerangan berkualiti dari saya dan meliputi semua aspek penting berkaitan kenderaan elektrik, dalam Bahasa Malaysia.
Jadi saya jemput anda untuk tekan butang di bawah untuk rebut DISKAUN MEGA 50% sementara masih ada.
Selamat maju jaya untuk anda, dan semoga kita berjumpa lagi dengan penerangan yang menarik dalam kursus ini :)
Menceritakan tentang perbezaan antara PHEV, BEV, FCEV, EV dan lain-lain serta kenapa seluruh dunia sedang dalam perpindahan ke arah kereta elektrik.
Penerangan tentang Arus, Voltan, dan Rintangan serta prinsip elektromagnetik yang perlu difahami oleh pemilik atau bakal pemilik EV
Penerangan tentang komponen dalam EV terutamanya bateri, motor, dan juga sistem kawalan tenaga
Penerangan mendalam tentang jenis-jenis motor elektrik dan bagaimana ia mampu menghasilkan tenaga serta merta untuk digunakan oleh pemandu
Sudah tentu EV memerlukan bateri untuk menyimpan tenaga. Soalnya apakah jenis-jenis bateri yang ada dan adakah bateri ini mampu bertahan sepanjang jangka hayat kereta
Menerangkan tentang kenapa charging akan sangat perlahan jika dibuat di rumah, jenis-jenis charer yang ada, serta adakah kos charging lebih murah dari kos membeli minyak petrol
Menceritakan tentang cara sebenar menjaga EV supaya tahan lama dan apakah mitos dan tahyul tentang penjagaan EV
Padat Dengan Info