MODUL 1
KENAPA BUAT YOUTUBE CHANNEL
Sebelum mulakan perjalanan, anda kena kenalpasti apa tujuan akhir anda
buat YouTube Channel. Ketahui mindset yang sihat supaya
channel anda boleh berkembangtanpa ada rasa ragu-ragu
dan dapat mengelakkan burnout
MODUL 2
BINA ASAS ANDA
Ketahui step-by-step bagaimana untuk setup channel anda. Saya
akan tunjukkan apa makna setiap analytics dalam channel anda,
dan macam mana untuk guna maklumat ini untuk tambakan viewers. Saya juga akan ceritakan equipment apa yang anda patut ada, bergantung pada level bajet anda sekarang.
MODUL 3
DAPATKAN IDEA YANG BAIK
Untuk berjaya kita mesti upload banyak video.
Tapi dari mana datangnya idea yang banyak ni.
Saya akan jelaskan bagaimana cara mudah untuk dapatkan idea yang
original untuk content-content anda
MODUL 4
KENAPA ORANG SUBSCRIBE CHANNEL ANDA
Sangat penting untuk channel anda ada daya penarik
tersendiri yang membuatkan orang yang terjumpa video anda
teringin nak subscribe dan tak sabar tunggu video seterusnya.
Saya akan kongsikan 30 sebab kenapa orang subscribe channel anda.
MODUL 5
TEKNIK REKOD VIDEO
Berasa gugup di depan kamera suatu perkara yang biasa.
Kadang-kadang sampai terpaksa rekod semula sebab
tak suka tengok hasilnya. Jadi dalam modul ni saya akan tunjukkan
macam mana cara yang sesuai untuk bercakap di depan kamera yang boleh
buatkan audience anda rasa macam ada bersama dengan anda.
MODUL 6
TEKNIK EDITING BERKESAN
Kalau nak belajar edit video sendiri, memang boleh,
tapi akan ambil masa berbulan untuk dapat video yang menarik.
Saya sendiri spend banyak masa untuk belajar editing ni dan dalam modul ni saya akan
tunjukkan kepada anda tutorial macam mana nak edit video,
software apa nak pakai, macam mana nak buat thumbnail, dan macam mana nak adjust
settings dalam YouTube bila kita upload video
MODUL 7
DAPATKAN 1000 SUBSCRIBERS PERTAMA
Untuk dapatkan 1000 subscribers pertama, mungkin benda yang paling susah
dalam perjalanan YouTube saya. Di sini saya akan jelaskan macam mana untuk jadi
sentiasa konsisten dan macam mana strategi yang saya guna untuk berkolaborasi
dengan channel yang lebih besar untuk 'tumpang' audience mereka
MODUL 8
JADI YOUTUBER SAMBIL BEKERJA
Tentunya kalau anda bekerja sepenuh masa macam saya,
memang sentiasa takda masa untuk buat benda lain.
Tapi saya dah buktikan yang tak mustahil untuk start buat channel YouTube
walaupun bekerja sepenuh masa. Dalam modul ni saya akan ceritakan
soal pembahagian masa, dan apakah cabaran
dan tanggungjawab seorang YouTuber